SEHARI BERSAMA GELANDANGAN

19 APRIL 2016 – SELASA – Pusat Islam UPSI dengan kerjasama NGO Projek KASEH4U telah turut bersama dalam aktiviti mengedarkan makanan kepada gelandangan. Aktiviti bermula tepat jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam. Pengarah Pusat Islam turut hadir bersama untuk melaksanakan aktiviti ini. Seramai hampir 450 orang yang hadir termasuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Fenomena ini untuk masa sekarang tidak lagi melihat golongan umur, mulai anakanak hingga orang tua, laki atau perempuan, berpendidikan rendah atau tinggi sengaja atau tidak sengaja masuk dalam kategori, martabat manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang paling sempurna dan mempunyai kedudukan istimewa jika dibanding dengan makhluk lainnya.
Rasa malu dan harga diri dikorbankan dan dibuang jauh-jauh, pemaksaan kehendak ditampakkan, sikap pasrah dan mengharapkan belas kasih dari orang lain semakin meningkat.
Kadang kita beranggapan nafkah atau rezeki yg kita dapatkan oleh hasil keringat kita sendiri adalah milik kita sendiri semua nya …ternyata tidak …sebab ada sebahagian yg kita miliki itu ada bahagian hak orang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (HR. Bukhari)

Leave a comment